Tip cara belajar saat akhir/ last minit

Tip belajar saat akhir/ last minit

1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini

2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.

3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham seseorang akan terus tidur sebab tak faham, tetapi sepatutnya dia haruslah tidak tidur dan terus tukar ke topik lain, jangan memaksa diri dengan apa yang tidak faham.

4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.

5. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.

6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.

7. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.

8. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.

www.pja.my

58 thoughts on “Tip cara belajar saat akhir/ last minit

  1. rahsia hati

    emm..good advise..,selama ni sy slalu jer study lst min..esk nk exm mlm 2 lh bru sbk nk bljr..hehe..xptut kn..,thn ni sy exm.,SPM plk tuuu….adoooiii…,mcm mane pn xthu…prepration blm ad lg….
    kalau blh nk mnt tlong bg advise mcm mna nk control rsa nervous dlm dwn ppriksaan????
    ok, terima kasih,

    kalau nak kontrol tu kenalah siap sedia awal baca buku, biasanya kalau ada banyak lagi kita tak sempat u/kaji kita akan rasa tertekan.. apa2 pun tawakal lah…

  2. umi teha

    salm…cye nk tnye la…cye ney mnng sllu wt latihan maths tpi sllu x lulus npe nye…
    cre cye slah ke…law bleh cye nk tips yg btol la…
    cmne ye

  3. Yusri Ymr

    saye seorang yg suka main game tdk kira bila2 masa….
    selalu tidur pukul 3 pagi selepas hbs main… mudah2an dgn nasihat ini + ulangkaji + doa + tawakkal, sye dpt mengubah tabiat buruk sye….thanks utk semua…..:)

  4. fatin

    thankzz for your advice…nasihat y betul2 berguna utk owang yang mals nak belajar macam saye ni…
    tapi boleh x tunjukkan care y betul utk belajar secara y lebih effective way utk senang inggt subjek y perlukan p’hflan.

  5. nazirah idris

    ok gak dpt tips cni…ade gak pasaan nk brubah uh…tpy byk trase gak bler nengok tips nieyh coz sume nye bnda yg sya wt..cm ptus asa lar,fedup lar xle jwb soklan…hmmmmmm

  6. eyka

    ermm..minggu n sye akn duduki pmr..
    mcm mana ne…
    sye boleh k buat dgn betul…
    dlm hati saye mcm2 persaan ada,takut,cemas bnyk lagi la…hehe…bagaimana sye nk hilangkan perasaan ini??..

  7. fahmy

    hurm..saat mcm nie larh mula ase lain mcm mula nak cri balik tajuk lama nak ikot lik memang susah tp kne lawan gk demi kejayaan . xnk menyesal setelah ia berlalu . doa kn untuk sy thun nie yea .. 2011 hope i’ll okey for that .. :((((

  8. MisZ DoraemOn. .

    Hehe. .sya nie lau bAb2x blJr last mNit. .sya ska lha ugk. .coz sya lau blJr awl2x cpat lpa. .esk exam mlm bru stdy. .jd lau esk ambl exam d ingat ugk. .hehe. .stiap owg kn x sma cra dya stdy. .sO stdy last mNit kdang2x amat mmbntU ugk lha. .

  9. sunil tkd

    tq for the advice.enth npe nk ckp x beljor,dh beljor,nk ckp xder nota,kt umh dh ada segunung nota tpi still x masuk rse nk pch pale ni.kwn smua tgh hard bljor.kite yg kesian bljor x msk.so sye arap ada yang ingin tlg ajar sye cra nk hafal nota.trutama nota sej,science,and perdagangan

  10. syahida

    sangat bagus dan sangat baik tip2 ini…….saya akan cuba sedaya upaya saya untuk cemerlang dalam matematik tambahan dan yg lain2……………..terima kasih atas nasihat….

  11. shuhada

    sy nie lmah sgt dalam math..keputusan spm saye ary tu lulos tpi x memuaskan lar…so sy wat kptsan tok amek paper ulangan math bln julai nie…so ade ape2 tips x…sy dah x tahu nk wat ape daaa nie…….

Leave a Reply