Cara belajar jika mengantuk

Membaca buku atau belajar subjek yang kita tidak suka akan buat kita mengantuk. Pertama sekali perlu semak sama ada kita tidur 7 hingga 8 jam sehari. Kalau cukup, maknanya kita tidak suka mata pelajaran itu. Mahu tidak mahu, paksa diri belajar juga. Kalau tak boleh, tidur sajalah.

Jangan apabila sudah tak minat, tidur berjam-jam. Habis sangat setengah jam. Apabila bangun dari tidur, cuba baca buku walaupun sedikit. Pendek kata, buat apa-apa aktiviti yang anda suka dan selepas itu terus baca buku walaupun sedikit. Seperti anda selepas main “game”, baca terus sedikit buku. Atau selepas menonton televisyen, terus baca sedikit buku.

Ingat saya, sudah maklumkan bahawa tak perlu kelam-kabut nak habiskan sebuah buku atau satu bab. Baca sedikit-sedikit dan lama-lama jadi banyak. Macam toyol, curi duit sikit-sikit, lama-lama jadi banyak. Itulah, tengok banyak cerita seram tapi tak pernah ambil pengajaran.

Kalau mengantuk dalam kelas tak tahulah nak buat apa. Kalau cikgu itu garang, memang tak boleh tidur. Saya memang mengantuk, tapi saya tahu ini disebabkan tidak tidur 7 atau 8 jam sehari. Jadi, tidurlah bagi cukup, kalau cikgu mengajar mesti menguap saja. Hal ini disebabkan cara mengajar cikgu yang bosan. Cuba buat memorandum suruh cikgu tukar cara mengajar. Buat macam kuiz dalam televisyen tu, ubah la rancangan Kelab Pop, Perdana Ria, Roda Impian dan lain-lain bagi sesuai dengan cara belajar.

Oleh itu, kena semak dahulu diri kita ini sudah tidur 7 atau 8 jam sehari. Kemudian kalau sudah cukup tidur kita masih mengantuk, ini bermakna kita tak minat. Kalau tak minat, apa pun tak jadi. Sebab itu saya kata jangan gelojoh nak habiskan semua bab dan buku. Ambil muka surat satu dan habiskan hari ini. Kemudian sambung muka surat dua hari esok.

Cara lain adalah cuba baca buku, kemudian apabila mengantuk terus tutup buku dan sambung esok. Jangan tutup buku dan tidur kalau memang sudah cukup tidur 7 atau 8 jam. Matematik kalau ambil dan buat latihan memang tak mengantuk. Tapi kalau buat latihan matematik dan tak dapat jawapan, memang mengantuk. Apabila tak dapat jawapan, tutup buku atau jawab soalan lain kemudian tanya cikgu atau kawan di sekolah. Jangan nak buat banyak soalan, kalau sudah tak minat itu buatlah sedikit-sedikit dan tinggal soalan yang tak dapat jawapan.

Ada masa kita ada “mood” dan kita baca buku banyak-banyak. Esok pula kita tak ada “mood” dan tak baca buku langsung. Ingatlah, baca sedikit saja kalau ada “mood”, kalau tak ada “mood” pun kena baca juga sedikit.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

4 thoughts on “Cara belajar jika mengantuk

Leave a Reply to ida nakal Cancel reply