Cara baca buku dekat peperiksaan

Banyak orang yang kata apabila baca buku dekat peperiksaan mudah ingat. Cuba buktikan, berapa markah yang dia dapat apabila baca sehari sebelum peperiksaan? Saya nasihatkan sekali lagi supaya tidak baca buku hanya sehari sebelum peperiksaan tetapi hendaklah baca setiap hari sedikit-demi sedikit. Tak kiralah ingat atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya baca juga daripada tak baca langsung.

Kalau anda ingat nak baca buku 3 bulan sebelum SPM atau tingkatan 5 baru nak baca buku, anda sebenarnya tersilap langkah. Apabila 3 bulan sebelum SPM nak baca buku, anda akan ikut perangai sebelum 3 bulan. Maknanya, anda akan tetap malas dan rasa tak cukup masa atau banyak masa lagi atau tak cukup masa. Kalau anda di tingkatan 4 masih rasa tingkatan 5 baru nak bersungguh-sungguh, memang tak jadi. Hal ini berlaku kepada saya di mana saya masih bawa perangai malas di tingkatan 4. Macam mana nak ubah perangai malas kalau dah lama jadi malas di tingkatan 4. Bacalah buku sikit-sikit setiap hari sejak di tingkatan 4.

Kalau anda dah berada di tingkatan 5, anda akan gunakan 1 hari bulan sebagai rancangan nak bermula, akhirnya masih tak mula langsung nak baca buku. Sebab itu saya suruh baca sikit-sikit dan jangan nak cepat habis. Baca dari muka surat satu kemudian sambung muka surat 2 esoknya. Kalau anda boleh baca 3 muka surat tanpa mengantuk, kemudian apabila masuk muka surat 4 baru mengantuk, hendaklah anda baca buku 3 muka surat sehari. Kalau sudah memang tak minat nak baca buku, baca juga 1 muka surat sehari! Jangan tak baca langsung apabila tak faham. Cuba cari soalan SPM tahun lepas dan cuba tengok macam mana soalan dia. Memanglah nampak susah, tapi apabila sudah sampai hari peperiksaan sebenar SPM, saya tiba-tiba rasa senang pulak soalan ini, tapi tak boleh jawab sebab tak ingat. Tak ingat disebabkan baru baca 3 kali dalam masa yang singkat.

Ada yang kata kena tumpukan bab-bab yang kita rasa boleh buat, lepas tu bab yang memang tak boleh buat tak perlu peduli. Kalau soalan itu pilihan, mungkin boleh. Tapi, saya sendiri tak boleh nak jawab soalan yang memang rasa boleh jawab, tetapi boleh jawab soalan yang tak pernah buat banyak latihan. Hal ini disebabkan banyak buat latihan dalam masa yang singkat menjadi pening. Soalan yang saya jarang buat tetapi buat juga sedikit menyebabkan saya tak pening dan boleh jawab.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

0 thoughts on “Cara baca buku dekat peperiksaan

Leave a Reply to naqiuden Cancel reply