Tag Archives: Peperiksaan

Cara membaca buku untuk peperiksaan

Apa baca mengantuk? Bosan? Memang kena suka atau minat baru boleh baca? Sebab itu anda kena ada cita-cita dan lihat subjek apa yang jadi syarat masuk universiti itu. Kita baca buku untuk dapat ilmu. Kita dapat ilmu untuk jawab peperiksaan. Kita jawab peperiksaan unutk masuk matrik. Kimta masuk matrik untuk belajar dan boleh masuk universiti. Kita masuk universiti boleh belajar. Kita belajar di universiti untuk guna ilmu itu masa bekerja. Kita bekerja untuk guna ilmu yang kita belajar dan dapat upah atau gaji. Kita dapat gaji boleh hidup dan sara keluarga. Kita sara keluarga sebab tanggunggjawab itu mak dan bapak kita pernah sara kita dan masa ini kita sara hidup mereka pula.

Dapat? Kita juga tidak lupa ilmu agama sebab kita hidup untuk akhirat. Kita cari duit untuk kita hidup supaya boleh beribadat dengan senang. Nak sedekah duit pun senang apabila ada duit. Kita boleh bantu orang lain yang susah dengan duit kita yang banyak. Secara tidak langsung, amal kita ini menempah tiket ke syurga dengan memajukan ekonomi negara. Orang nak guna kepakaran kita nak merawat pesakit, bina rumah dan lain-lain supaya semua orang dapat hidup aman.Tak ada kes mencuri sebab tak ada duit. Tak ada kes rasuah sebab kita memang dari dulu sudah belajar bahaya rasuah. Tak ada lagi buang masa lumba motosikal haram dan ragut.  Kalau nak kerja meragut baik dari kecil duduk di kandang lembu belajar meragut rumput utuk hidup. Majukan negara kita sebab ramai lagi negara lain yang maju sebab mereka rajin, mungkin rajin meniru.

Jadi, apabila membaca ingat macam-macam yang berfaedah. Kalau tak boleh, buka sekejap lagu. Kalau tak boleh, tengok televisyen sekejap. Selalu kita dengar kawan kita tak baca buku dan kita pun rasa malas nak baca buku. Apa kata anda ajak kawan anda baca buku dan kawan anda ajak kawan dia yang lain baca buku sampai tak ada seorang pun yang terlepas. Oleh itu, kempen membaca buku komik selepas membaca buku sekolah adalah digalakkan.

Kalau baca, cuba tulis apa yang dibaca. Mesti susah? Ataupun sambil baca sambil tulis. Lepas tu buang. Kemudian tulis yang lain. Ataupun ambil mikrofon dan baca kuat-kuat.Tak perlu mikrofon pun tak apa. Selalu dengar orang kata baca buku dekat peperiksaan mudah ingat. Kalau baca awal-awal cepat lupa. Baca buku dekat peperiksaan buat serabut kepala saja. Kalau orang kata baca buku dekat peperiksaan mudah ingat, cuba tanya berapa keputusan yang dia dapat. Dia kata mudah ingat sebab dia baca dan jawab peperiksaan. Apabila dia baca buku awal, dia tak buat latihan. Sebab itu dia kata tak ingat. Tapi, berapa sangat yang boleh ingat masa dekat-dekat peperiksaan.Kalau anda baca buku 1 minggu sebelum peperiksaan dan dapat markah 10. Kalau baca dua minggu sebelum peperiksaan mungkin dapat 20. Kalau 3 minggu mungkin 30 markah. Kalau 4 minggu mungkin 40. Kalau 5 minggu mungkin 50. Kalau 6 minggu mungkin 60. Kalau 7 minggu mungkin 70 markah. Kalau 8 minggu mungkin 80 markah!

Jadi, anda hendak baca seminggu sebelum peperiksaan dan dapat 10 markah atau baca 8 minggu sebelum peperiksaan dan dapat 80 markah.Bunyi macam senang, tetapi itulah yang betulnya. Mungkin ini untuk satu subjek. Tetapi mungkin juga untuk semua subjek. Yang penting jangan baca nak cepat habis. Nanti anda cepat bosan dan dari bulan satu sampai akhir tahun masih baca bab 1. Baca 1 muka surat untuk satu subjek sehari. Saya ingatkan lagi, kalau anda memang jenis malas membaca, jangan baca buku lebih 1 muka surat untuk setiap subjek sehari!

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara belajar untuk peperiksaan

Ambil buku dan baca dan buat latihan. Itu saja yang cikgu anda kata. Kalau tak faham tanya. Lepas balik rumah, terus pegang buku dan tidur. Oleh itu, hari ini anda kena baca bab 3 muka surat 23 topik 4 dan buat latihan topik 4. Kalau tak boleh buat baru tanya cikgu atau rujuk jawapan.

Sudah banyak kali saya berpesan supaya ambil buku dan baca. Kalau tak baca, bagaimana nak jawab? kalau tak pernah buat latihan, macam mana nak tahu solan macam mana yang akan ditanya? Kalau buat sikit latihan, bagaimana nak mahir? Bacalah perlahan-lahan dan selalu. Biasanya saya akan baca apabila ada “mood”, kalau baca apabila tak ada “mood”, memang tak guna. Tetapi, jangan asyik tak ada “mood”, cipta “mood” sendiri. Anda mesti tahu apa yang anda suka. Contohnya apabila tengok televisyen ada iklan, masuk bilik dan baca walaupun 5 minit tetap dinamakan baca.

Kalau subjek matematik, tak ada masalah dengar lagu dan tengok televisyen. Tetapi, kalau masa buat latihan esei pun dengar lagu, kemungkinan jawapan anda adalah lirik lagu.

Peperiksaan itu tidak penting. Tetapi menjadi penting apabila peperiksaan itu menjadi sebab untuk masuk universiti. Sebab nak masuk universiti adalah untuk belajar mengenai sesuatu bidang yang kita suka dan ilmu itu kita akan guna masa bekerja. Sesiapa yang dapat keputusan cemerlang peperiksaan, bolehlah masuk universiti dan belajar apa yang dia suka untuk guna masa bekerja.

Kalau anda lihat jadual kelas, anda akan lihat banyak masa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Oleh itu, gunakan masa yang banyak itu untuk mahir subjek bahasa. Di rumah tak perlu ulangkaji subjek itu kerana sepatutnya dah mahir di sekolah.

Tuisyen 2 jam seminggu  untuk satu subjek dengan harga RM20? Lebih baik upah orang untuk tengok anda baca buku, kemudian guna duit itu pergi makan di luar sebab dah habis belajar. Cikgu anda mengajar satu masa 40 minit. Contohnya Sejarah ada 3 masa dan itu bermakna anda belajar 2 jam seminggu. Manakala subjek Bahasa Melayu anda belajar selama 4 jam seminggu. Tetapi subjek Bahasa Melayu anda jawab peperiksaan hanya 4 jam 45 minit. Cikgu tuisyen adalah cikgu di yang mengajar di sekolah. Saja dia mengajar untuk tambah duit poket. Benda yang dia ajar memang tak lari daripada apa yang cikgu ajar. Mungkin cara dia ajar berlainan sedikit. Cikgu sebagus mana pun kalau anda balik tengok televisyen tanpa buka dan baca sedikit pun apa yang dia ajar, memang tak guna! Anda hendaklah baca! Buat latihan!

Saya cadangkan anda tengok soalan SPM tahun-tahun lepas dan cuba buat. Jangan nak berlagak anda buat banyak latihan dan baca banyak buku kalau soalan SPM tahun lepas tak boleh buat. Ada yang kata, buat apa buat latihan tahun lepas sebab mesti sudah tak tanya soalan yang sama. Anda perlu tahu, tujuan menjawabnya adalah untuk semak sama ada anda boleh buat atau tak, kalau masih tak boleh buat, macam mana nak jawab soalan yang sebenar. Kalau SPM boleh letak buku atas meja pun, belum tentu anda boleh jawab jika tak tahu cara menjawab. Kalau nak tahu tanya cikgu atau sesiapa saja cara menjawab.

Kalau tak minat tak payah baca banyak-banyak, nanti anda apabila bekerja nanti mesti tak akan minat bekerja yang menggunakan subjek itu.Walaupun begitu, anda perlu sapat A subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik. Subjek-subjek sains seperti Fizik, Kimia, Biologi juga perlu dapat A kalau nak kerja hebat-hebat. Kalau nak jadi akauntan pun gaji besar juga, bagi dapat A subjek Prinsip akaun. Kalau nak gaji tinggi-tinggi, belajar kena pandai subjek sains (Fizik, Kimia, Biologi). Habis sangat dapat C pun jadi. Yang penting jangan biar saja buku tanpa anda baca. Ingatlah, lepas SPM banyak lagi benda-benda buang masa anda boleh buat. Sekarang ni cuba ambil satu buku subjek apa-apa dan lihat dan baca dan cuba jawab dan jawab. Mana ada rahsia lain selain baca, minum air jampi satu tong pun belum tentu boleh dapat A. Pernahkah anda jumpa orang yang kata dia tak baca buku pun boleh dapat A. Paling tidak dia kata baca sikit dan sikit dia tu apabila kumpul-kumpul hari-hari memang jadi bukit.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara baca buku dekat peperiksaan

Banyak orang yang kata apabila baca buku dekat peperiksaan mudah ingat. Cuba buktikan, berapa markah yang dia dapat apabila baca sehari sebelum peperiksaan? Saya nasihatkan sekali lagi supaya tidak baca buku hanya sehari sebelum peperiksaan tetapi hendaklah baca setiap hari sedikit-demi sedikit. Tak kiralah ingat atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya baca juga daripada tak baca langsung.

Kalau anda ingat nak baca buku 3 bulan sebelum SPM atau tingkatan 5 baru nak baca buku, anda sebenarnya tersilap langkah. Apabila 3 bulan sebelum SPM nak baca buku, anda akan ikut perangai sebelum 3 bulan. Maknanya, anda akan tetap malas dan rasa tak cukup masa atau banyak masa lagi atau tak cukup masa. Kalau anda di tingkatan 4 masih rasa tingkatan 5 baru nak bersungguh-sungguh, memang tak jadi. Hal ini berlaku kepada saya di mana saya masih bawa perangai malas di tingkatan 4. Macam mana nak ubah perangai malas kalau dah lama jadi malas di tingkatan 4. Bacalah buku sikit-sikit setiap hari sejak di tingkatan 4.

Kalau anda dah berada di tingkatan 5, anda akan gunakan 1 hari bulan sebagai rancangan nak bermula, akhirnya masih tak mula langsung nak baca buku. Sebab itu saya suruh baca sikit-sikit dan jangan nak cepat habis. Baca dari muka surat satu kemudian sambung muka surat 2 esoknya. Kalau anda boleh baca 3 muka surat tanpa mengantuk, kemudian apabila masuk muka surat 4 baru mengantuk, hendaklah anda baca buku 3 muka surat sehari. Kalau sudah memang tak minat nak baca buku, baca juga 1 muka surat sehari! Jangan tak baca langsung apabila tak faham. Cuba cari soalan SPM tahun lepas dan cuba tengok macam mana soalan dia. Memanglah nampak susah, tapi apabila sudah sampai hari peperiksaan sebenar SPM, saya tiba-tiba rasa senang pulak soalan ini, tapi tak boleh jawab sebab tak ingat. Tak ingat disebabkan baru baca 3 kali dalam masa yang singkat.

Ada yang kata kena tumpukan bab-bab yang kita rasa boleh buat, lepas tu bab yang memang tak boleh buat tak perlu peduli. Kalau soalan itu pilihan, mungkin boleh. Tapi, saya sendiri tak boleh nak jawab soalan yang memang rasa boleh jawab, tetapi boleh jawab soalan yang tak pernah buat banyak latihan. Hal ini disebabkan banyak buat latihan dalam masa yang singkat menjadi pening. Soalan yang saya jarang buat tetapi buat juga sedikit menyebabkan saya tak pening dan boleh jawab.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================