Cara belajar semasa kelas

Belajar semasa kelas adalah kita tidak pergi melancong ke tempat lain. Maksudnya, fikiran kita masih berada di dalam kelas. Semua orang kata kena beri tumpuan di dalam kelas. Bagaimana kalau anda tidak minat apa yang cikgu ajar? Kalau sudah tidak minat memang susah, anda kena lihat dulu cita-cita anda.

Fikirkan cita-cita anda. Anda mesti tahu anda suka buat apa. Jika anda minat berniaga, mesti ada kaitan dengan usahawan, akauntan. Manakala jika anda suka mengajar atau bercakap, mesti ada kena mengena dengan cikgu, pensyarah atau mungkin juga peguam atau peniaga. Jika anda minat seni, mesti ada kena mengena dengan pelukis, pereka grafik komputer dan lain-lain. Manakala jika anda minat komputer, mungkin anda ingin menjadi tukang membaiki komputer, atau tauke kedai komputer, atau pereka laman web dan sebagainya.

Oleh itu, anda perlu fikirkan cita-cita anda dan lihat syarat-syarat kemasukan ke universiti. Jika menjadi akauntan, subjek Prinsip Akaun mestilah cemerlang. Jika minat doktor, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan mesti cemerlang. Banyak peluang pekerjaan di negara kita, cuma kita tidak tahu apa pekerjaan itu. Apa yang penting anda belajar adalah untuk mendapat ilmu dan ilmu itu akan digunakan untuk bekerja. Sebab itu, memilih aliran semasa di tingkatan empat adalah penting supaya kita tidak membuang masa belajar perkara yang kita memang tidak minat dan tumpukan pelajaran pada ilmu yang kita minat.

Saya sudah tekankan penting untuk belajar dahulu sebelum kelas supayaapabila di dalam kelas, kita sudah tahu soalan apa yang hendak ditanya kepada cikgu.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

0 thoughts on “Cara belajar semasa kelas

  1. ad

    saya setuju dengan statement yang dinyatakan. kalau nak capai cita-cita, kene cemerlang dalam subjek yang diambil. tumpuan 100% dalam kelas dan kene selalu jumpa cikgu yang ajar subjek tersebut…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *