Cara belajar selepas kelas

Saya apabila keluar kelas terus lupa apa yang saya belajar. Semasa peperiksaan, saya mengeluh bahawa saya macam tahu buat, tapi apabila jawab tidak tahu macam mana nak tulis. Mungkin saya akan kata, saya sudah buat latihan, tetapi masih tidak boleh jawab peperiksaan. Perkara ini menghantui semua pelajar. Sudah buat latihan tetapi masih tidak boleh jawab. Apa yang tidak kena? Jangan berlagak anda sudah buat banyak latihan, anda masih tidak faham lagi apa yang soalan itu tanya. Cuba ulang balik latihan yang anda buat.

Mungkin anda boleh belajar dengan membaca soalan dan terus membaca jawapan. Tetapi, anda hendaklah cuba jawab balik soalan itu tanpa lihat jawapan. Bunyi macam mudah, baca jawapan soalan. Apabila anda buat balik soalan itu, anda sudah tidak boleh jawab walaupun sebelum ini anda sudah membaca jawapan. Jadi, tidak berguna anda mencari soalan bocor SPM dan sebagainya sebab walaupun anda ada soalan dan jawapan masih belum boleh jawab semula.

Apa yang hendak dilakukan adalah buat banyak kali. Kalau buat 10 kali, mesti ingat. Bunyi macam mudah, tetapi cukuplah buat sikit sikit, lama-lama jadi banyak.Tak perlu baca banyak tetapi, apa pun tak faham. Lebih baik baca muka surat satu bagi faham betul-betul. Kemudian anda buka muka surat kedua. Adakah anda mahu cepat habis baca satu buku? Memang boleh, untuk kali pertama saya cadangkan supaya anda baca dahulu semua tanpa perlu memahami. Kemudian, barulah anda baca satu muka surat dengan tekun dan jangan nak cepat habis waaupun subjek lain ada lagi.

Anda boleh pilih hendak membaca subjek sejarah dalam sehari atau 2 hingga subjek sehari. Memanglah banyak, tetapi, percayalah anda memang akan habiskan semuanya sebab anda seorang pelajar. Kerja pelajar bukan cari duit untuk sara anak atau keluarga, cuma duduk dan baca buku. Kalau nak berdiri pun boleh. Nak baca di perpustakaan pun boleh.

Ingatlah, selepas SPM ada masa rehat setengah tahun. Waktu itu anda sudah tamat belajar manakala masih ada yang tak habis beajar. Apa yang anda hendak buat masa itu? ramai yang merancang hendak mencari kerja sambilan. Ketahuilah bahawa saya sebagai calon SPM pun masih ada masa untuk buat kerja sambilan dan dapat RM500 dalam masa 1 bulan. Ini baru sambilan, sebenarnya anda ada banyak masa selepas SPM walaupun ada yang pergi ke PLKN. Hanya dapat RM500 sebulan tidak cukup untuk anda hidup berkeluarga nanti. Oleh itu, anda perlu bersemangat untuk belajar sampai pandai supaya dapat kerja gaji tinggi. Apabila saya tanya kawan-kawan buat apa selepas SPM, tiada apa pun yang hebat selain menonton televisyen, melayari internet, melancong, kerja kilang, berniaga burger dan jawapan antarabangsa adalah tak buat apa-apa.

Masa sebelum SPM macam-macam nak buat, apabila dah lepas SPM, apa pun tak boleh buat. Pergi sekolah hanya nak dapat duit poket. Lepas SPM bekerja dan dapat sama macam duit poket pergi ke sekolah. Saya tegaskan sekali lagi, ambil buku dan baca dan baca dan baca dan baca.

Mana ada teknik lain selain baca, mendengar, melihat dan membuat. Habis sangat, anda ambil buku dan baca dengan kuat dan rakam. Pasang “earphone” dan dengar balik suara anda yang merdu itu.

cara lain adalah menulis nota. Kalau malas, fotostat nota ringkas bagi jadi kecil dan masukkan dalam poket. Bawa ke mana-mana sahaja anda pergi dan baca walaupun satu muka surat.

Banyak orang bila nak tahu cara cemerlang peperiksaan bertanya kepada orang pandai. Mereka akan kata baca sajalah. Kita sangka mereka baca banyak, tapi mereka akan kata baca bila ada “mood” atau mereka akan kata baca sikit saja. Hal ini memang betul, sebab mereka hari-hari baca sikit-sikit. Kalau saya, memang susah nak baca walaupun seminggu sekali.

Mereka pun buat latihan, kita mesti kata tak fahamlah. Sebenarnya mereka yang pandai ini pun baca jawapan bila tak tahu. Kalau soalan yang susah tu, tak payah jawab dan jawab soalan lain mudah.

Jangan lupa buat kerja sekolah. Kalau anda tak mahu buat kerja sekolah, anda tetap kena baca buku. Jika anda sanggup kena marah dengan cikgu, tak perlu buat erja sekolah sebab buang masa saja buat perkara yang anda tidak minat. Anda boleh buat sendiri kerja rumah yang anda beli buku latihan dari kedai. Apabila tak faham, tanyalah cikgu. Sekurang-kurangnya anda ada juga kerja nak dibuat.

Anda ada banyak masa, jangan anggap aktiviti kokurikulum buang masa atau kelas tambahan petang buang masa. Kalau anda duduk di rumah, belum tentu anda baca buku. Kalau anda baca buku, belum tentu anda ingat. Oleh itu, jangan kata tak cukup masa sebab anda ada banyak masa untuk baca buku. Tengok televisyen samapai pukul 12 malam boleh, mengapa baca buku tak boleh? Oleh sebab itu, saya kata anda banyak masa. Lagipun anda bukannya bekerja, hanya belajar. Lepas SPM ada banyak masa hinggakan anda teringin balik ke sekolah dan jumpa kawan-kawan macam dulu.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

3 thoughts on “Cara belajar selepas kelas

  1. nur syabilah

    saya balik dari sklh pukul4 habis stayback.Jadi agak letih untuk buat ulangkaji…apa cara terbaik agar kita kekal bersemangat dan tubuh tidak lesu??kerja rumah biasanya sy siapkan di waktu malam..saya cepat letih dan mengantuk tidak kiralah dalam aktiviti apapun.

  2. zai

    cara terBAIK utk anda kekal fresh dan bersemangat pada waktu petang adalah and perlu bersenam dan gerak2kan badan anda. anda juga perlu byk minum air mineral agar badan kekal nyahhidrat dan bertenaga….thats alll.

Leave a Reply to hier Cancel reply