Cara belajar sebelum kelas.

Saya sebagai bekas pelajar SPM ingin berkongsi kepada anda cara belajar sebelum kelas.

Biasanya kita hendaklah ambil buku dan baca. Tajuk yang kita baca adalah yang cikgu belum ajar. Walaupun tidak faham, anda hendaklah membaca atau sekurang-kurangnya membelek-belek buku tersebut. Jangan hanya membaca kulit hadapan sahaja.

hal ini penting supaya apabila cikgu mengajar kita sudah tahu sikit-sikit. Selepas itu, kita mudah hendak bertanya cikgu tentang apa yang tidak faham.

Biasanya saya tidak membaca dulu sebelum cikgu mengajar. Sebab itu apabila cikgu mengajar saya tidak tahu apa yang hendak ditanya. Lebih buruk lagi, saya tidak tahu apa yang perlu saya faham.

Di sinilah pentingnya buku teks. Cuba lihat muka surat pertama bagi setiap bab ada tulisĀ  “apa yang murid akan dapat” atau “learning outcome”. Oleh itu, jika anda boleh menjawab soalan itu, anda sudah faham apa yang cikgu ajar. Ini juga dipanggil huraian sukatan pembelajaran.

Huraian sukatan pelajaran. Klik di sini!

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

0 thoughts on “Cara belajar sebelum kelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *