Cara dapat A Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mudah dapat A sebab kita jumpa cikgu Bahasa Melayu hari-hari atau sehari sahaja tak ada. Oleh itu, jangan buang masa di sekolah sebab anda kena mahir tatabahasa dan KOMSAS di sekolah kerana apabila di rumah boleh baca buku untuk subjek lain yang susah.

Kita selalu dengar kalau nak pandai Bahasa Inggeris kena buka kamus. Sama juga dengan Bahasa Melayu, bukalah kamus. Anda kena mahir ABC kalau nak buka kamus sebab anda perlu tahu sebelum huruf S adalah huruf R, selepas huruf J adalah huruf K. Hal ini disebabkan supaya kita mudah nak buka kamus.

Tak perlu tulis ayat-ayat “mahal”, “bombastik” atau ayat-ayat yang tinggi sebab nanti banyak salah pula dari segi penggunaan kosa kata. Kalau memang tak pernah guna ayat itu, jangan pandai-pandai guna. Apa yang penting adalah pandai cari isi dan menghurai. Banyak karangan tanya sebab, cara atasi, kesan, peranan siapa, langkah mencegah, faedah, kelebihan dan keburukan. Oleh itu, anda mesti kait dengan diri, keluarga, masyarakat dan negara pada 4 peranggan isi.

Contohnya kalau baca buku diri sendiri jadi pandai. Keluarga pun turut baca buku dan tidak mudah ditipu sebab pandai. Masyarakat pun berilmu dan berakhlak mulia. Negara dapat manfaatkan ilmu untuk kemajuan dan dipandang tinggi negara lain sebab pandai. Banyak isi yang keluar sejak kita belajar dari sekolah rendah lagi. Cukuplah tahu 4 isi dan pandai-pandai hurai dan bagilah contoh.

Pendahuluan pun boleh tengok dari buku rujukan dan lain-lain. Memang akan jumpalah dewasa ini, pada era globalisasi yang menerjah dunia dan sebagainya. Penutup pula akan jumpa peribahasa, konklusinya, sebagai intiha, pihak kerajaan hendaklah berganding bahu dan lain-lain. Manakala penyambung ayat pula akan jumpa oleh itu, sementelahan pula, tambahan pula, sungguhpun begitu dan sebagainya.

Kalau tulis karangan jangan harap nak buat panjang-panjang. Semakin panjang karangan, semakin banyak salah tatabahasa dan semakin banyak markah ditolak. Apa yang penting adalah tatabahasa, kalau dah tahu tatabahasa, sudah tentu boleh tulis karangan dengan baik. Jangan risau format karangan sebab markah yang ditolak adalah sikit dan bukannnya ada banyak soalan berformat yang keluar. Kalau keluar pun, belum tentu anda buat sebab tak cukup isi nak tulis.

Kalau novel itu tak perlu baca soalan ramalan dan biasanya ramalan tak tepat. Baca tajuk soalan yang tak pernah keluar sebelum ini saja. Kalau cikgu cerita tentang novel atau KOMSAS tu dengarlah baik-baik sebab akan keluar macam itu saja soalannya. Kalau malas baca buku tebal-tebal, bacalah buku rujukan yang ada sinopsis, plot, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan sebagainya. Memang kalau tak baca langsung, memang tak boleh nak jawab.

Cikgu pun dah pesan apabila buat soalan pengajaran mesti ada ayat “kita hendaklah”, atau “kita mestilah”. Tambahan pula dalam ringkasan cikgu pesan supaya tajuk seperti “kesan” ubah jadi “punca”, kalau “faedah” ubah jadi “manfaat” dan sebagainya. Pendahuluan pertama mestilah mula dengan “Petikan membincangkan …” dan sebagainya.

Oleh itu, dengar saja apa yang cikgu cakap di dalam kelas sudah cukup. Kalau cikgu suruh buat kerja sekolah, buatlah cepat-cepat dan tak perlu nak ulangkaji penat-penat di rumah. Cukup ikut cikgu sahaja.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

0 thoughts on “Cara dapat A Bahasa Melayu

    1. admin Post author

      Saya memang tak banyak tanya atau memang tak tanya cikgu sebab saya dengar. Boleh kata setiap hari akan jumpa cikgu BM, memang tak ada sebab tak boleh pandai BM. Cubalah tengok jadual kelas, cikgu mana yang paling banyak masuk kelas?

      Dari sekolah rendah sampai menengah selalu ulang benda yang sama, cikgu selalu cakap perkataan “ia” jangan guna sejak sekolah rendah lagi. Tapi, banyak yang tak mahu dengar, sebab itu masih salah. Cikgu selalu ulang benda yang sama, kalau sudah selalu ulang mestilah kita akan ingat dan secara tak langsung akan faham.

      Cikgu dah ulang benda yang sama sejak sekolah rendah, tak ada sebab tak faham. Ayat aktif dan ayat pasif itu sejak sekolah rendah lagi. Peribahasa pun sejak sekolah rendah lagi. Cikgu mesti kata kita kena selalu buka kamus dewan dan baca buku-buku rujukan, tapi mengapa tak dengar cakap cikgu?

      Ayat aktif: Ali membaca buku itu.
      Ayat pasif: Buku itu dibaca oleh Ali.

      Reply
  1. Tenkelen

    Guru guru memang tidak cukup masa mengajar Bahasa Melayu ini kerana bahan dan benda kita nak belajar sudah lebih
    yang pertama masalah adalah Komsas
    sesiapa boleh hafal semua dan jawab semua betul
    dan sesiapa boleh mengajar amat cepat dalam masa sekolah?
    we are not all called genius and , not all people got the talent

    Reply
  2. Joanne Teh

    pada cadandan di atas,saya rasanyamacam ini sudah cukup tak perlu baca penet-penet.saya akan ikut cara ini untuk belajar supaya dapat A dalam bahasa melayu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *