Monthly Archives: February 2010

Cara membaca buku untuk peperiksaan

Apa baca mengantuk? Bosan? Memang kena suka atau minat baru boleh baca? Sebab itu anda kena ada cita-cita dan lihat subjek apa yang jadi syarat masuk universiti itu. Kita baca buku untuk dapat ilmu. Kita dapat ilmu untuk jawab peperiksaan. Kita jawab peperiksaan unutk masuk matrik. Kimta masuk matrik untuk belajar dan boleh masuk universiti. Kita masuk universiti boleh belajar. Kita belajar di universiti untuk guna ilmu itu masa bekerja. Kita bekerja untuk guna ilmu yang kita belajar dan dapat upah atau gaji. Kita dapat gaji boleh hidup dan sara keluarga. Kita sara keluarga sebab tanggunggjawab itu mak dan bapak kita pernah sara kita dan masa ini kita sara hidup mereka pula.

Dapat? Kita juga tidak lupa ilmu agama sebab kita hidup untuk akhirat. Kita cari duit untuk kita hidup supaya boleh beribadat dengan senang. Nak sedekah duit pun senang apabila ada duit. Kita boleh bantu orang lain yang susah dengan duit kita yang banyak. Secara tidak langsung, amal kita ini menempah tiket ke syurga dengan memajukan ekonomi negara. Orang nak guna kepakaran kita nak merawat pesakit, bina rumah dan lain-lain supaya semua orang dapat hidup aman.Tak ada kes mencuri sebab tak ada duit. Tak ada kes rasuah sebab kita memang dari dulu sudah belajar bahaya rasuah. Tak ada lagi buang masa lumba motosikal haram dan ragut.  Kalau nak kerja meragut baik dari kecil duduk di kandang lembu belajar meragut rumput utuk hidup. Majukan negara kita sebab ramai lagi negara lain yang maju sebab mereka rajin, mungkin rajin meniru.

Jadi, apabila membaca ingat macam-macam yang berfaedah. Kalau tak boleh, buka sekejap lagu. Kalau tak boleh, tengok televisyen sekejap. Selalu kita dengar kawan kita tak baca buku dan kita pun rasa malas nak baca buku. Apa kata anda ajak kawan anda baca buku dan kawan anda ajak kawan dia yang lain baca buku sampai tak ada seorang pun yang terlepas. Oleh itu, kempen membaca buku komik selepas membaca buku sekolah adalah digalakkan.

Kalau baca, cuba tulis apa yang dibaca. Mesti susah? Ataupun sambil baca sambil tulis. Lepas tu buang. Kemudian tulis yang lain. Ataupun ambil mikrofon dan baca kuat-kuat.Tak perlu mikrofon pun tak apa. Selalu dengar orang kata baca buku dekat peperiksaan mudah ingat. Kalau baca awal-awal cepat lupa. Baca buku dekat peperiksaan buat serabut kepala saja. Kalau orang kata baca buku dekat peperiksaan mudah ingat, cuba tanya berapa keputusan yang dia dapat. Dia kata mudah ingat sebab dia baca dan jawab peperiksaan. Apabila dia baca buku awal, dia tak buat latihan. Sebab itu dia kata tak ingat. Tapi, berapa sangat yang boleh ingat masa dekat-dekat peperiksaan.Kalau anda baca buku 1 minggu sebelum peperiksaan dan dapat markah 10. Kalau baca dua minggu sebelum peperiksaan mungkin dapat 20. Kalau 3 minggu mungkin 30 markah. Kalau 4 minggu mungkin 40. Kalau 5 minggu mungkin 50. Kalau 6 minggu mungkin 60. Kalau 7 minggu mungkin 70 markah. Kalau 8 minggu mungkin 80 markah!

Jadi, anda hendak baca seminggu sebelum peperiksaan dan dapat 10 markah atau baca 8 minggu sebelum peperiksaan dan dapat 80 markah.Bunyi macam senang, tetapi itulah yang betulnya. Mungkin ini untuk satu subjek. Tetapi mungkin juga untuk semua subjek. Yang penting jangan baca nak cepat habis. Nanti anda cepat bosan dan dari bulan satu sampai akhir tahun masih baca bab 1. Baca 1 muka surat untuk satu subjek sehari. Saya ingatkan lagi, kalau anda memang jenis malas membaca, jangan baca buku lebih 1 muka surat untuk setiap subjek sehari!

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara dapat A Matematik Tambahan

Macam dengan Matematik jugalah. Matematik tambahan jika tanya kepada orang pandai mesti jawab kena buat banyak latihan. Jawapan itu memang bukan main-main. Matematik tambahan ini ada tajuk yang sama dengan matematik dan ada yang sama dengan Fizik. Jadi, ada bab yang mesti boleh buat sebab sama dengan subjek lain.Markah lulus SPM matematik tambahan hanya beberapa belas sahaja. Nak dapat A memang ada harapanlah.

Kalau tak mahu buang masa, ambil soalan Matematik tambahan kertas satu dan Kertas 2 peperiksaan seperti SPM tahun-tahun lepas dan buat semuanya. Sebab yang akan keluar nanti soalan yang sama tetapi angka yang berbeza.Kalau anda tak buat memang menyesal.

Apa yang penting adalah ambil soalan yang tak tahu dan tanya kepada sesiapa saja cara nak dapat jawapan. Matematik tambahan kalau baca jawapan saja tak cukup, kena cuba jawab. Lepas baca cuba esok jawab, mesti dah lupa. Oleh itu, mesti baca jawapan dan cuba buat tanpa tengok jawapan selepas itu.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara dapat A Matematik

Tak saya nafikan bahawa saya amat benci Matematik tetapi dapat A. Matematik jika tanya kepada orang pandai mesti jawab kena buat banyak latihan. Itu memang bukan main-main.

kalau tak mahu buang masa, ambil soalan Matematik kertas satu dan Kertas 2 peperiksaan seperti SPM tahun-tahun lepas dan buat semuanya. Sebab yang akan keluar nanti soalan yang sama tetapi angka yang berbeza.Kalau anda tak buat memang menyesal. Matematik ini boleh belajar dalam masa satu bulan dan boleh dapat A walaupun saya pernah gagal dalam peperiksaan Matematik. Memang satu bulan sudah cukup untuk jawab soalan Matematik. Kalau nak percuma boleh muat turun soalan percubaan tak kira tahun bila pun dan soalan SPM tahun-tahun lepas di internet.

Apa yang penting adalah ambil soalan yang tak tahu dan tanya kepada sesiapa saja cara nak dapat jawapan. Matematik kalau baca jawpaan saja tak cukup, kena cuba jawab. Lepas baca cuba esok jawab, mesti dah lupa. Oleh itu, mesti baca jawapan dan cuba buat tanpa tengok jawapan selepas itu.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara dapat A Pendidikan Islam

tak ada cara lain selain baca. Siapa baca boleh jawab. Siapa hafal ayat hafazan, pandai susun ayat. Apabila ustaz atau ustazah mengajar, dengarlah sebab mana ada benda lain yang nak keuar selain dari apa yang dia cakap. Di rumah tak perlu letih-letih nak baca Pendidikan Islam sebab dah dengar dalam kelas.

Pendidkan Islam tak teruk untuk diulangkaji, hanya baca saja. Kalau dia baca tapi tak boleh dapat A namapak sangat baca kelam-kabut. Bacalah sedikit-sedikit. Rasanya saya tak buat apa-apa latihan kecuali kerja sekolah. Mengapa tak mahu buat kerja sekolah? Duduk di rumah bukannya buat apa pun.

DI rumah tak perlu ulangkaji kalau di sekolah dah dengar, baca dan buat kerja sekolah. Itu saja.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara dapat A Sejarah

Tiada cara lain selain membaca. Ambil buku dan baca dari muka surat satu sehelai setiap hari. Lama-lama jadi banyaklah, jangan nak cepat habis. Kalau baca 1 helai sehari, mesti tak akan mengantuk sebab cepat habis. Lainlah baca satu bab sehari dan mengantuk sepanjang hari.

Mesti cikgu sudah beritahu Sejarah SPM ada esei. Esei itu kena buat macam karangan dan bukan “point”. Bacalah dan tulis nota dan buat latihan. Tak ada cara lain selain membaca. Memang pelajar biasanya duduk di rumah bukan buat apa pun. Ada jawatan sebagai seorang pelajar tetapi selalu ponteng baca buku. Bukannya dapat gaji pun baca buku. dapat duit poket untuk sekolah setiap hari. Pelajar tak ada anak dan keluarga nak beri nafkah, tak perlu sibuk cari duit. Setakat pelajar cari duit, berapalah sangat dapat. Lebih baik baca buku dan jadi rajin supaya nanti dapat masuk universiti dan kerja hebat-hebat serta dapat gaji tinggi-tinggi.

Memang banyak masa pelajar bazir kerana buat benda yang tak membantu dalam peperiksaan mahupun mendapat duit. Kalau benda yang pelajar buat tak dapat bantu untuk dapat A dan tak boleh dapat duit beribu-ribu, baik HENTIKAN benda itu. Baca buku lebih baik dan buat nota poket untuk dibawa ke mana-mana saja untuk dibaca.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================