Monthly Archives: January 2010

Cara dapat A Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu akalau nak mahir kena buka kamus. Oleh itu, Bahasa Inggeris kalau nak mahir kena buka kamus. Kalau tak buka macam mana nak tahu maksud. Bahasa Inggeris jadi mudah jika tahu banyak makna. Oleh itu, hafal satu perkataan sehari atau 4 perkataan sehari dan jangan tamak atau rajin nak hafal banyak-banyak.

Kemudian, kena tahu “grammar” atau tatabahasa. Memang sejak sekolah rendah tanya “is”, “was”, “were”, “past tense”, “I am”, “they were” dan sebagainya.

Lepas itu, kita mahir pula novel dengan “literature”, baca sajalah buku rujukan atau dengar apa yang cikgu cerita dalam kelas.

Karangan lebih kurang macam Bahasa Melayu. Kalau tahu banyak makna, mudah nak buat karangan. Sebab itu juga kena hafal banyak makna dan mahir tatabahasa. Jangan nak tulis ayat “bombastik” tapi tak pernah nak guna. Tulis isi, huraian dan contoh sudah cukup. Kalau tulis panjang-panjang nanti banyak salah tatabahasa. Kalau tulis terlalu pendek mungkin disebabkan tak ada isi, tak ada huraian dan contoh. Oleh itu, kena rajin buat latihan cikgu bagi. Di rumah boleh ulangkaji subjek lain yang susah.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Continue reading

Cara dapat A Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mudah dapat A sebab kita jumpa cikgu Bahasa Melayu hari-hari atau sehari sahaja tak ada. Oleh itu, jangan buang masa di sekolah sebab anda kena mahir tatabahasa dan KOMSAS di sekolah kerana apabila di rumah boleh baca buku untuk subjek lain yang susah.

Kita selalu dengar kalau nak pandai Bahasa Inggeris kena buka kamus. Sama juga dengan Bahasa Melayu, bukalah kamus. Anda kena mahir ABC kalau nak buka kamus sebab anda perlu tahu sebelum huruf S adalah huruf R, selepas huruf J adalah huruf K. Hal ini disebabkan supaya kita mudah nak buka kamus.

Tak perlu tulis ayat-ayat “mahal”, “bombastik” atau ayat-ayat yang tinggi sebab nanti banyak salah pula dari segi penggunaan kosa kata. Kalau memang tak pernah guna ayat itu, jangan pandai-pandai guna. Apa yang penting adalah pandai cari isi dan menghurai. Banyak karangan tanya sebab, cara atasi, kesan, peranan siapa, langkah mencegah, faedah, kelebihan dan keburukan. Oleh itu, anda mesti kait dengan diri, keluarga, masyarakat dan negara pada 4 peranggan isi.

Contohnya kalau baca buku diri sendiri jadi pandai. Keluarga pun turut baca buku dan tidak mudah ditipu sebab pandai. Masyarakat pun berilmu dan berakhlak mulia. Negara dapat manfaatkan ilmu untuk kemajuan dan dipandang tinggi negara lain sebab pandai. Banyak isi yang keluar sejak kita belajar dari sekolah rendah lagi. Cukuplah tahu 4 isi dan pandai-pandai hurai dan bagilah contoh.

Pendahuluan pun boleh tengok dari buku rujukan dan lain-lain. Memang akan jumpalah dewasa ini, pada era globalisasi yang menerjah dunia dan sebagainya. Penutup pula akan jumpa peribahasa, konklusinya, sebagai intiha, pihak kerajaan hendaklah berganding bahu dan lain-lain. Manakala penyambung ayat pula akan jumpa oleh itu, sementelahan pula, tambahan pula, sungguhpun begitu dan sebagainya.

Kalau tulis karangan jangan harap nak buat panjang-panjang. Semakin panjang karangan, semakin banyak salah tatabahasa dan semakin banyak markah ditolak. Apa yang penting adalah tatabahasa, kalau dah tahu tatabahasa, sudah tentu boleh tulis karangan dengan baik. Jangan risau format karangan sebab markah yang ditolak adalah sikit dan bukannnya ada banyak soalan berformat yang keluar. Kalau keluar pun, belum tentu anda buat sebab tak cukup isi nak tulis.

Kalau novel itu tak perlu baca soalan ramalan dan biasanya ramalan tak tepat. Baca tajuk soalan yang tak pernah keluar sebelum ini saja. Kalau cikgu cerita tentang novel atau KOMSAS tu dengarlah baik-baik sebab akan keluar macam itu saja soalannya. Kalau malas baca buku tebal-tebal, bacalah buku rujukan yang ada sinopsis, plot, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan sebagainya. Memang kalau tak baca langsung, memang tak boleh nak jawab.

Cikgu pun dah pesan apabila buat soalan pengajaran mesti ada ayat “kita hendaklah”, atau “kita mestilah”. Tambahan pula dalam ringkasan cikgu pesan supaya tajuk seperti “kesan” ubah jadi “punca”, kalau “faedah” ubah jadi “manfaat” dan sebagainya. Pendahuluan pertama mestilah mula dengan “Petikan membincangkan …” dan sebagainya.

Oleh itu, dengar saja apa yang cikgu cakap di dalam kelas sudah cukup. Kalau cikgu suruh buat kerja sekolah, buatlah cepat-cepat dan tak perlu nak ulangkaji penat-penat di rumah. Cukup ikut cikgu sahaja.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara cikgu mengajar

Sikap pelajar memang tak boleh ubah kecuali dia sendiri mahu berubah. Tak boleh dipaksa-paksa. Jika dia tak minat,memang tak boleh nak buat apa. Oleh itu, cikgu kena ubah cara mengajar. Buat kuz dan sebagainya.

Ada cikgu yang beri kerja sekolah banyak-banyak. Buat apa bagi banyak-banyak kalau memang mereka tak akan buat. Suruh pelajar baca buku untuk satu topik. Esoknya cikgu buat ujian untuk topik itu. Sudah tentu pelajar akan baca buku. Tak guna buat ujian 3 bulan sekali sebab pelajar biasanya akan baca buku sehari sebelum peperiksaan. Kerja sekolah buat sikit sahaja dan suruh siapkan di sekolah. Memang kalau bawa balik kerja sekolah di rumah mereka tak akan buat punya. Kalau mereka buat jangan harap itu usaha sendiri melainkan meniru.

Ajar sikit-sikit sudah la. Buat latihan masa itu juga dan beri jawapan lengkap. Minggu depan beri soalan yang sama sebagai ujian. Mesti pelajar sentiasa baca buku setiap buku dan bukan hanya setiap 3 bulan dan sebagainya.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara buat kerja sekolah

Duduk di rumah bukan buat apa pun. Sibuk apa entahla. Bukannya rugi atau jadi miskin bile buat kerja sekolah. Yang akan dapat mungkin lenguh tangan dan bosan. Tapi lepas SPM tak tau nak buat apa lagi bosan. Lepas SPM fikir nak cari kerja, berapa ringgitlah dapat. Bukannya kaya pun. Setakat nak kumpul beli “game” atau “handphone” baik tak payah. Buat apa “handphone” mahal-mahal kalau kredit langsung tak ada atau ada 3 ringgit. Saya guna “handphone” Nokia 2100 dan I-Mobile 318 pun ada kredit RM400.

Tak perlu layan handphone sebab tak pernah kaya pun. Orang yang buat “bisnes” saja jawab panggilan telefon dapat duit. Budak-budak sekolah semakin banyak SMS, semakin buang duit walaupun 1 sen.

Dengar lagu pun masalah kalau banyak sangat sampai tak buat kerja sekolah. Kalau kata nak dengar sekejap sambil dengar lagu, akhir sekali mesti berhenti buat kerja sekolah dan layan lagu yang digemari. Kalau matematik mungkin taka da masalah, tapi kalau soalan matematik tu susah akan jadi serabut kepala dengar lagu. Kalau tulis karangan dengar lagu, memang akan tulis lirik lagu punya. Macamlah dia boleh masuk jangan lupa lirik dan dapat beribu-ribu. Kalau dapa beribu-ribu pun hanya untuk sekali saja. Lain kali tak dapat dah, nak makan apa?

Buatlah kerja sekolah! Paksa cikgu bincang jawapan dan bagi jawpan lengkap. Paksa cikgu ulang jawapan kalau tak dapat salin. Orang yang pandai pun tak dapat salin jawapan cikgu sebab cikgu biasanaya nak cepat habis mengajar tapi apa pun kita tak dapat sebab tak sempat salin. Yang cikgu tau marah kita sebab lambat salin, sebenarnya orang pandai sekali pun tak sempat salin.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara buat jadual belajar

Tak perlu buat jadual profesional dan anda memang tak akan ikut. Dalam hidup ini, saya sudah buat berpuluh-puluh jadual tetapi tak ikut dan dapat belajar satu jadual yang berkesan kalau mahu A dalam peperiksaan. Oleh itu, saya dapat tunjukkan satu jadual yang anda mesti ikut dan jangan guna mana-mana jadual selain yang saya buat!

Saya cadangkan waktu siang anda buat kerja sekolah dan latihan. Manakala dari pukul 8 malam hingga pukul 10 malam baca buku untuk mana-mana subjek 30 minit. Jangan lupa makan malam dan sembahyang! Inilah antara yang diamalkan setiap hari oleh seorang yang dapat semua A bagi semua subjek. Saya cadangkan jangan ikut cara belajar yang lain, nanti anda akan pening. Cukup apa yang saya cadangkan.

Masa siang boleh buat apa-apa yang berkaitan dengan sekolah dan malam untuk belajar peribadi. Pagi pukul berpa pun atau lepas subuh cuba baca subjek yang memang perlu hafal seperti Sejarah dan Biologi. Kalau petang itu sebaiknya buatlah matematik. Saya rasa matematik amat mudah walaupun saya tak suka matematik. Saya dapat kuasai matematik dalam masa singkat dengan membuat soalan tahun lepas dan soalan percubaan, mungkin sebulan atau beberapa minggu sahaja sudah boleh mahir matematik. Jadi, ini merupakan bonus supaya anda dapat ulangkaji subjek lain yang lebih susah.

Macam subjek Fizik dan Kimia, saya tidak buat apa-apa pun untuk persediaan peperiksaan kerana terlampau tidak minat. Tetapi, walaupun saya sangat tidak suka matematik, saya tetap ulangkaji. Ini bermakna, walau apa pun subjek yang anda tidak suka, masih boleh dapat A jika anda mengulangkaji.

Sekali lagi saya ingatkan supaya siang buat aktiviti berkaitan sekolah sama ada sukan, kelas tambahan atau kerja sekolah. Manakala malam baca buku setengah jam bagi mana-mana subjek dari pukul 8 malam hingga 10 malam dan tidur. Awal pagi esok hafal apa yang patut dihafal. Dalam masa setengah jam saya cadangkan bagi setiap subjek 1 muka surat atau 1 helai.Kemudian buat latihan atau menulis nota atau menghafal. Walaupun peperiksaan anda makin dekat. Buat seperti yang saya suruh dan tak perlu kalut baca nak cepat habis.

Kalau anda baca buku 5 minit,tulis nota 5 minit, hafal, 5 minit, buat latihan 5 minit. Anda akan ada baki 10 minit lagi, suka hati anda hendak buat apa, tengok televisyen atau main “game”. Kalau anda tengok televisyen pun, adakah anda boleh cerita semua yang anda tonton kepada saya? Mesti anda tak ingat rancangan televisyen yang anda tonton minggu lepas? Jadi, jangan tamak nak tengok filem sampai pukul 12 tengah malam.Adakah anda boleh cerita filem yang anda lihat 1 bulan yang lepas? Menonton televisyen sekadar seronok sahaja, tak perlu tengok sampai habis. Lagipun akan ada iklan 5 minit dan menjadi 10 minit atau 15 minit. Anda boleh guna waktu itu untuk baca buku. Inilah jadual secara tidak terancang boleh digunakan.

Bagaimana dengan hari cuti 2 hari seminggu? Buat kerja sekolah samapi habis. Kemudian tengok televisyen atau apa saja. Kemudian baca buku macam hari biasa. kalau malam ini ada filem sampai pukul 12 tengah malam. Anda patut baca buku siap-siap bagi ganti pukul 8 malam hingga 10 malam dan boleh juga baca pada setiap iklan. Anda juga perlu tidur siap-siap 2 jam semasa tengah hari. Ingat anda perlu tidur 7 atau 8 jam sehari. Jangan lebih atau kurang.

Nak makan apa? Orang yang pandai pun makan nasi sama macam kita juga. Kalau suka sayur kubis jangan makan sayur yang tak suka. Makan sederhana saja. Nak makan ayam pun boleh. Bersukan? Saya hari-hari naik turun tangga banyak kali dan rasanya tak perlu senam lagi.Naik tangga masa di sekolah dan naik tangga untuk ke rumah saya di tingkat 3 sambil menggalas buku-buku di dalam beg. terpulanglah kepada anda hendak buat apa untuk bersenam. Jalan kaki pergi dan balik masjid lebih bagus.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara belajar untuk peperiksaan

Ambil buku dan baca dan buat latihan. Itu saja yang cikgu anda kata. Kalau tak faham tanya. Lepas balik rumah, terus pegang buku dan tidur. Oleh itu, hari ini anda kena baca bab 3 muka surat 23 topik 4 dan buat latihan topik 4. Kalau tak boleh buat baru tanya cikgu atau rujuk jawapan.

Sudah banyak kali saya berpesan supaya ambil buku dan baca. Kalau tak baca, bagaimana nak jawab? kalau tak pernah buat latihan, macam mana nak tahu solan macam mana yang akan ditanya? Kalau buat sikit latihan, bagaimana nak mahir? Bacalah perlahan-lahan dan selalu. Biasanya saya akan baca apabila ada “mood”, kalau baca apabila tak ada “mood”, memang tak guna. Tetapi, jangan asyik tak ada “mood”, cipta “mood” sendiri. Anda mesti tahu apa yang anda suka. Contohnya apabila tengok televisyen ada iklan, masuk bilik dan baca walaupun 5 minit tetap dinamakan baca.

Kalau subjek matematik, tak ada masalah dengar lagu dan tengok televisyen. Tetapi, kalau masa buat latihan esei pun dengar lagu, kemungkinan jawapan anda adalah lirik lagu.

Peperiksaan itu tidak penting. Tetapi menjadi penting apabila peperiksaan itu menjadi sebab untuk masuk universiti. Sebab nak masuk universiti adalah untuk belajar mengenai sesuatu bidang yang kita suka dan ilmu itu kita akan guna masa bekerja. Sesiapa yang dapat keputusan cemerlang peperiksaan, bolehlah masuk universiti dan belajar apa yang dia suka untuk guna masa bekerja.

Kalau anda lihat jadual kelas, anda akan lihat banyak masa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Oleh itu, gunakan masa yang banyak itu untuk mahir subjek bahasa. Di rumah tak perlu ulangkaji subjek itu kerana sepatutnya dah mahir di sekolah.

Tuisyen 2 jam seminggu  untuk satu subjek dengan harga RM20? Lebih baik upah orang untuk tengok anda baca buku, kemudian guna duit itu pergi makan di luar sebab dah habis belajar. Cikgu anda mengajar satu masa 40 minit. Contohnya Sejarah ada 3 masa dan itu bermakna anda belajar 2 jam seminggu. Manakala subjek Bahasa Melayu anda belajar selama 4 jam seminggu. Tetapi subjek Bahasa Melayu anda jawab peperiksaan hanya 4 jam 45 minit. Cikgu tuisyen adalah cikgu di yang mengajar di sekolah. Saja dia mengajar untuk tambah duit poket. Benda yang dia ajar memang tak lari daripada apa yang cikgu ajar. Mungkin cara dia ajar berlainan sedikit. Cikgu sebagus mana pun kalau anda balik tengok televisyen tanpa buka dan baca sedikit pun apa yang dia ajar, memang tak guna! Anda hendaklah baca! Buat latihan!

Saya cadangkan anda tengok soalan SPM tahun-tahun lepas dan cuba buat. Jangan nak berlagak anda buat banyak latihan dan baca banyak buku kalau soalan SPM tahun lepas tak boleh buat. Ada yang kata, buat apa buat latihan tahun lepas sebab mesti sudah tak tanya soalan yang sama. Anda perlu tahu, tujuan menjawabnya adalah untuk semak sama ada anda boleh buat atau tak, kalau masih tak boleh buat, macam mana nak jawab soalan yang sebenar. Kalau SPM boleh letak buku atas meja pun, belum tentu anda boleh jawab jika tak tahu cara menjawab. Kalau nak tahu tanya cikgu atau sesiapa saja cara menjawab.

Kalau tak minat tak payah baca banyak-banyak, nanti anda apabila bekerja nanti mesti tak akan minat bekerja yang menggunakan subjek itu.Walaupun begitu, anda perlu sapat A subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik. Subjek-subjek sains seperti Fizik, Kimia, Biologi juga perlu dapat A kalau nak kerja hebat-hebat. Kalau nak jadi akauntan pun gaji besar juga, bagi dapat A subjek Prinsip akaun. Kalau nak gaji tinggi-tinggi, belajar kena pandai subjek sains (Fizik, Kimia, Biologi). Habis sangat dapat C pun jadi. Yang penting jangan biar saja buku tanpa anda baca. Ingatlah, lepas SPM banyak lagi benda-benda buang masa anda boleh buat. Sekarang ni cuba ambil satu buku subjek apa-apa dan lihat dan baca dan cuba jawab dan jawab. Mana ada rahsia lain selain baca, minum air jampi satu tong pun belum tentu boleh dapat A. Pernahkah anda jumpa orang yang kata dia tak baca buku pun boleh dapat A. Paling tidak dia kata baca sikit dan sikit dia tu apabila kumpul-kumpul hari-hari memang jadi bukit.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara belajar jika mengantuk

Membaca buku atau belajar subjek yang kita tidak suka akan buat kita mengantuk. Pertama sekali perlu semak sama ada kita tidur 7 hingga 8 jam sehari. Kalau cukup, maknanya kita tidak suka mata pelajaran itu. Mahu tidak mahu, paksa diri belajar juga. Kalau tak boleh, tidur sajalah.

Jangan apabila sudah tak minat, tidur berjam-jam. Habis sangat setengah jam. Apabila bangun dari tidur, cuba baca buku walaupun sedikit. Pendek kata, buat apa-apa aktiviti yang anda suka dan selepas itu terus baca buku walaupun sedikit. Seperti anda selepas main “game”, baca terus sedikit buku. Atau selepas menonton televisyen, terus baca sedikit buku.

Ingat saya, sudah maklumkan bahawa tak perlu kelam-kabut nak habiskan sebuah buku atau satu bab. Baca sedikit-sedikit dan lama-lama jadi banyak. Macam toyol, curi duit sikit-sikit, lama-lama jadi banyak. Itulah, tengok banyak cerita seram tapi tak pernah ambil pengajaran.

Kalau mengantuk dalam kelas tak tahulah nak buat apa. Kalau cikgu itu garang, memang tak boleh tidur. Saya memang mengantuk, tapi saya tahu ini disebabkan tidak tidur 7 atau 8 jam sehari. Jadi, tidurlah bagi cukup, kalau cikgu mengajar mesti menguap saja. Hal ini disebabkan cara mengajar cikgu yang bosan. Cuba buat memorandum suruh cikgu tukar cara mengajar. Buat macam kuiz dalam televisyen tu, ubah la rancangan Kelab Pop, Perdana Ria, Roda Impian dan lain-lain bagi sesuai dengan cara belajar.

Oleh itu, kena semak dahulu diri kita ini sudah tidur 7 atau 8 jam sehari. Kemudian kalau sudah cukup tidur kita masih mengantuk, ini bermakna kita tak minat. Kalau tak minat, apa pun tak jadi. Sebab itu saya kata jangan gelojoh nak habiskan semua bab dan buku. Ambil muka surat satu dan habiskan hari ini. Kemudian sambung muka surat dua hari esok.

Cara lain adalah cuba baca buku, kemudian apabila mengantuk terus tutup buku dan sambung esok. Jangan tutup buku dan tidur kalau memang sudah cukup tidur 7 atau 8 jam. Matematik kalau ambil dan buat latihan memang tak mengantuk. Tapi kalau buat latihan matematik dan tak dapat jawapan, memang mengantuk. Apabila tak dapat jawapan, tutup buku atau jawab soalan lain kemudian tanya cikgu atau kawan di sekolah. Jangan nak buat banyak soalan, kalau sudah tak minat itu buatlah sedikit-sedikit dan tinggal soalan yang tak dapat jawapan.

Ada masa kita ada “mood” dan kita baca buku banyak-banyak. Esok pula kita tak ada “mood” dan tak baca buku langsung. Ingatlah, baca sedikit saja kalau ada “mood”, kalau tak ada “mood” pun kena baca juga sedikit.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================