Monthly Archives: December 2009

Cara baca buku dekat peperiksaan

Banyak orang yang kata apabila baca buku dekat peperiksaan mudah ingat. Cuba buktikan, berapa markah yang dia dapat apabila baca sehari sebelum peperiksaan? Saya nasihatkan sekali lagi supaya tidak baca buku hanya sehari sebelum peperiksaan tetapi hendaklah baca setiap hari sedikit-demi sedikit. Tak kiralah ingat atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya baca juga daripada tak baca langsung.

Kalau anda ingat nak baca buku 3 bulan sebelum SPM atau tingkatan 5 baru nak baca buku, anda sebenarnya tersilap langkah. Apabila 3 bulan sebelum SPM nak baca buku, anda akan ikut perangai sebelum 3 bulan. Maknanya, anda akan tetap malas dan rasa tak cukup masa atau banyak masa lagi atau tak cukup masa. Kalau anda di tingkatan 4 masih rasa tingkatan 5 baru nak bersungguh-sungguh, memang tak jadi. Hal ini berlaku kepada saya di mana saya masih bawa perangai malas di tingkatan 4. Macam mana nak ubah perangai malas kalau dah lama jadi malas di tingkatan 4. Bacalah buku sikit-sikit setiap hari sejak di tingkatan 4.

Kalau anda dah berada di tingkatan 5, anda akan gunakan 1 hari bulan sebagai rancangan nak bermula, akhirnya masih tak mula langsung nak baca buku. Sebab itu saya suruh baca sikit-sikit dan jangan nak cepat habis. Baca dari muka surat satu kemudian sambung muka surat 2 esoknya. Kalau anda boleh baca 3 muka surat tanpa mengantuk, kemudian apabila masuk muka surat 4 baru mengantuk, hendaklah anda baca buku 3 muka surat sehari. Kalau sudah memang tak minat nak baca buku, baca juga 1 muka surat sehari! Jangan tak baca langsung apabila tak faham. Cuba cari soalan SPM tahun lepas dan cuba tengok macam mana soalan dia. Memanglah nampak susah, tapi apabila sudah sampai hari peperiksaan sebenar SPM, saya tiba-tiba rasa senang pulak soalan ini, tapi tak boleh jawab sebab tak ingat. Tak ingat disebabkan baru baca 3 kali dalam masa yang singkat.

Ada yang kata kena tumpukan bab-bab yang kita rasa boleh buat, lepas tu bab yang memang tak boleh buat tak perlu peduli. Kalau soalan itu pilihan, mungkin boleh. Tapi, saya sendiri tak boleh nak jawab soalan yang memang rasa boleh jawab, tetapi boleh jawab soalan yang tak pernah buat banyak latihan. Hal ini disebabkan banyak buat latihan dalam masa yang singkat menjadi pening. Soalan yang saya jarang buat tetapi buat juga sedikit menyebabkan saya tak pening dan boleh jawab.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara belajar selepas kelas

Saya apabila keluar kelas terus lupa apa yang saya belajar. Semasa peperiksaan, saya mengeluh bahawa saya macam tahu buat, tapi apabila jawab tidak tahu macam mana nak tulis. Mungkin saya akan kata, saya sudah buat latihan, tetapi masih tidak boleh jawab peperiksaan. Perkara ini menghantui semua pelajar. Sudah buat latihan tetapi masih tidak boleh jawab. Apa yang tidak kena? Jangan berlagak anda sudah buat banyak latihan, anda masih tidak faham lagi apa yang soalan itu tanya. Cuba ulang balik latihan yang anda buat.

Mungkin anda boleh belajar dengan membaca soalan dan terus membaca jawapan. Tetapi, anda hendaklah cuba jawab balik soalan itu tanpa lihat jawapan. Bunyi macam mudah, baca jawapan soalan. Apabila anda buat balik soalan itu, anda sudah tidak boleh jawab walaupun sebelum ini anda sudah membaca jawapan. Jadi, tidak berguna anda mencari soalan bocor SPM dan sebagainya sebab walaupun anda ada soalan dan jawapan masih belum boleh jawab semula.

Apa yang hendak dilakukan adalah buat banyak kali. Kalau buat 10 kali, mesti ingat. Bunyi macam mudah, tetapi cukuplah buat sikit sikit, lama-lama jadi banyak.Tak perlu baca banyak tetapi, apa pun tak faham. Lebih baik baca muka surat satu bagi faham betul-betul. Kemudian anda buka muka surat kedua. Adakah anda mahu cepat habis baca satu buku? Memang boleh, untuk kali pertama saya cadangkan supaya anda baca dahulu semua tanpa perlu memahami. Kemudian, barulah anda baca satu muka surat dengan tekun dan jangan nak cepat habis waaupun subjek lain ada lagi.

Anda boleh pilih hendak membaca subjek sejarah dalam sehari atau 2 hingga subjek sehari. Memanglah banyak, tetapi, percayalah anda memang akan habiskan semuanya sebab anda seorang pelajar. Kerja pelajar bukan cari duit untuk sara anak atau keluarga, cuma duduk dan baca buku. Kalau nak berdiri pun boleh. Nak baca di perpustakaan pun boleh.

Ingatlah, selepas SPM ada masa rehat setengah tahun. Waktu itu anda sudah tamat belajar manakala masih ada yang tak habis beajar. Apa yang anda hendak buat masa itu? ramai yang merancang hendak mencari kerja sambilan. Ketahuilah bahawa saya sebagai calon SPM pun masih ada masa untuk buat kerja sambilan dan dapat RM500 dalam masa 1 bulan. Ini baru sambilan, sebenarnya anda ada banyak masa selepas SPM walaupun ada yang pergi ke PLKN. Hanya dapat RM500 sebulan tidak cukup untuk anda hidup berkeluarga nanti. Oleh itu, anda perlu bersemangat untuk belajar sampai pandai supaya dapat kerja gaji tinggi. Apabila saya tanya kawan-kawan buat apa selepas SPM, tiada apa pun yang hebat selain menonton televisyen, melayari internet, melancong, kerja kilang, berniaga burger dan jawapan antarabangsa adalah tak buat apa-apa.

Masa sebelum SPM macam-macam nak buat, apabila dah lepas SPM, apa pun tak boleh buat. Pergi sekolah hanya nak dapat duit poket. Lepas SPM bekerja dan dapat sama macam duit poket pergi ke sekolah. Saya tegaskan sekali lagi, ambil buku dan baca dan baca dan baca dan baca.

Mana ada teknik lain selain baca, mendengar, melihat dan membuat. Habis sangat, anda ambil buku dan baca dengan kuat dan rakam. Pasang “earphone” dan dengar balik suara anda yang merdu itu.

cara lain adalah menulis nota. Kalau malas, fotostat nota ringkas bagi jadi kecil dan masukkan dalam poket. Bawa ke mana-mana sahaja anda pergi dan baca walaupun satu muka surat.

Banyak orang bila nak tahu cara cemerlang peperiksaan bertanya kepada orang pandai. Mereka akan kata baca sajalah. Kita sangka mereka baca banyak, tapi mereka akan kata baca bila ada “mood” atau mereka akan kata baca sikit saja. Hal ini memang betul, sebab mereka hari-hari baca sikit-sikit. Kalau saya, memang susah nak baca walaupun seminggu sekali.

Mereka pun buat latihan, kita mesti kata tak fahamlah. Sebenarnya mereka yang pandai ini pun baca jawapan bila tak tahu. Kalau soalan yang susah tu, tak payah jawab dan jawab soalan lain mudah.

Jangan lupa buat kerja sekolah. Kalau anda tak mahu buat kerja sekolah, anda tetap kena baca buku. Jika anda sanggup kena marah dengan cikgu, tak perlu buat erja sekolah sebab buang masa saja buat perkara yang anda tidak minat. Anda boleh buat sendiri kerja rumah yang anda beli buku latihan dari kedai. Apabila tak faham, tanyalah cikgu. Sekurang-kurangnya anda ada juga kerja nak dibuat.

Anda ada banyak masa, jangan anggap aktiviti kokurikulum buang masa atau kelas tambahan petang buang masa. Kalau anda duduk di rumah, belum tentu anda baca buku. Kalau anda baca buku, belum tentu anda ingat. Oleh itu, jangan kata tak cukup masa sebab anda ada banyak masa untuk baca buku. Tengok televisyen samapai pukul 12 malam boleh, mengapa baca buku tak boleh? Oleh sebab itu, saya kata anda banyak masa. Lagipun anda bukannya bekerja, hanya belajar. Lepas SPM ada banyak masa hinggakan anda teringin balik ke sekolah dan jumpa kawan-kawan macam dulu.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara belajar semasa kelas

Belajar semasa kelas adalah kita tidak pergi melancong ke tempat lain. Maksudnya, fikiran kita masih berada di dalam kelas. Semua orang kata kena beri tumpuan di dalam kelas. Bagaimana kalau anda tidak minat apa yang cikgu ajar? Kalau sudah tidak minat memang susah, anda kena lihat dulu cita-cita anda.

Fikirkan cita-cita anda. Anda mesti tahu anda suka buat apa. Jika anda minat berniaga, mesti ada kaitan dengan usahawan, akauntan. Manakala jika anda suka mengajar atau bercakap, mesti ada kena mengena dengan cikgu, pensyarah atau mungkin juga peguam atau peniaga. Jika anda minat seni, mesti ada kena mengena dengan pelukis, pereka grafik komputer dan lain-lain. Manakala jika anda minat komputer, mungkin anda ingin menjadi tukang membaiki komputer, atau tauke kedai komputer, atau pereka laman web dan sebagainya.

Oleh itu, anda perlu fikirkan cita-cita anda dan lihat syarat-syarat kemasukan ke universiti. Jika menjadi akauntan, subjek Prinsip Akaun mestilah cemerlang. Jika minat doktor, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan mesti cemerlang. Banyak peluang pekerjaan di negara kita, cuma kita tidak tahu apa pekerjaan itu. Apa yang penting anda belajar adalah untuk mendapat ilmu dan ilmu itu akan digunakan untuk bekerja. Sebab itu, memilih aliran semasa di tingkatan empat adalah penting supaya kita tidak membuang masa belajar perkara yang kita memang tidak minat dan tumpukan pelajaran pada ilmu yang kita minat.

Saya sudah tekankan penting untuk belajar dahulu sebelum kelas supayaapabila di dalam kelas, kita sudah tahu soalan apa yang hendak ditanya kepada cikgu.

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================

Cara belajar sebelum kelas.

Saya sebagai bekas pelajar SPM ingin berkongsi kepada anda cara belajar sebelum kelas.

Biasanya kita hendaklah ambil buku dan baca. Tajuk yang kita baca adalah yang cikgu belum ajar. Walaupun tidak faham, anda hendaklah membaca atau sekurang-kurangnya membelek-belek buku tersebut. Jangan hanya membaca kulit hadapan sahaja.

hal ini penting supaya apabila cikgu mengajar kita sudah tahu sikit-sikit. Selepas itu, kita mudah hendak bertanya cikgu tentang apa yang tidak faham.

Biasanya saya tidak membaca dulu sebelum cikgu mengajar. Sebab itu apabila cikgu mengajar saya tidak tahu apa yang hendak ditanya. Lebih buruk lagi, saya tidak tahu apa yang perlu saya faham.

Di sinilah pentingnya buku teks. Cuba lihat muka surat pertama bagi setiap bab ada tulis  “apa yang murid akan dapat” atau “learning outcome”. Oleh itu, jika anda boleh menjawab soalan itu, anda sudah faham apa yang cikgu ajar. Ini juga dipanggil huraian sukatan pembelajaran.

Huraian sukatan pelajaran. Klik di sini!

======================================

Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan

secara percuma dengan syarat ada pautan balik

http://www.ketam.pja.my

======================================